Friday, April 6, 2007

OBJEKTIF SYARIKAT SERI TERJAYA

Objektif utama projek ini ialah

i. Pembesaran projek sedia ada dari 100 ekor kepada 300 ekor induk.
ii. Mengeluarkan baka kambing Boer berkualiti tinggi yang dihasilkan melalui kaedah penternakan yang inovatif dan pemakanan bermutu bagi pasaran tempatan dengan harga yang lebih murah dari import dan kesihatan yang terjamin dari sebarang masalah penyakit berjangkit.
iii. Syarkat pengeluar bumiputera utama dalam penghasilan makanan halal untuk keperluan harian dan perayaan Umat Islam (Aqiqah dan Korban) dan hasil tenusu.
iv. Pembekal dan pemborong makanan ruminan iaitu palet dan benih rumput untuk penternak-penternak di seluruh Negeri Pahang dan Semenanjung Malaysia.
v. Projek ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia menganggur di kawasan setempat melalui projek usahasama.
vi. Sistem yang dijalankan telah terbukti dapat meningkatkan kuantiti penghasilan ternakan melalui:
• kadar pembiakan pantas 1.8/anak/tahun
• kadar kematian di bawah 10%
• pertumbuhan berat badan minima 4.5kg sebulan

3 comments:

faidzal ghazali said...

Che Baharudin, Saya berharap agar projek tuan ini berjaya. Semoga dapat membantu penternak penternak di negara kita.

Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi cara membeli baka boer dari pihak tuan.

Faidzal Ghazali
http://merlongboerfam.blogspot.com

Nasir said...

Semoga maju jaya.

Saya ingin mendapatkan baka-baka terbaik Kambing Boer dari pihak tuan.

Buat masa ini saya hanya mempunyai baka Jamnapari dah Bebiri

Nasir
Laman web Kambing

Shaha said...

Che Baharudin,
Kami penternak kambing boer di Melaka. Saya nak bertanya tentang market yang tuan dapat. Bolehkah kita membuat kerjasama tentangnya, sekiranya terdapat pasaran yang tuan tidak dpt berikan, kami sedia membantu. Atau sekirany tuan mempunyai maklumat tentang pasaran yang lebih besar, yang kami boleh sertai... Projek kami adalah berskala kecil, dan sedang meningkat. Lawati kami di kambingku.blogspot.com