Friday, April 6, 2007

OBJEKTIF SYARIKAT SERI TERJAYA

Objektif utama projek ini ialah

i. Pembesaran projek sedia ada dari 100 ekor kepada 300 ekor induk.
ii. Mengeluarkan baka kambing Boer berkualiti tinggi yang dihasilkan melalui kaedah penternakan yang inovatif dan pemakanan bermutu bagi pasaran tempatan dengan harga yang lebih murah dari import dan kesihatan yang terjamin dari sebarang masalah penyakit berjangkit.
iii. Syarkat pengeluar bumiputera utama dalam penghasilan makanan halal untuk keperluan harian dan perayaan Umat Islam (Aqiqah dan Korban) dan hasil tenusu.
iv. Pembekal dan pemborong makanan ruminan iaitu palet dan benih rumput untuk penternak-penternak di seluruh Negeri Pahang dan Semenanjung Malaysia.
v. Projek ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia menganggur di kawasan setempat melalui projek usahasama.
vi. Sistem yang dijalankan telah terbukti dapat meningkatkan kuantiti penghasilan ternakan melalui:
• kadar pembiakan pantas 1.8/anak/tahun
• kadar kematian di bawah 10%
• pertumbuhan berat badan minima 4.5kg sebulan

PROJEK PENTERNAKAN KAMBING BAKA BOER


Prospek industri kambing di negara ini adalah amat cerah memandangkan permintaan daging kambing pada hari ini melebihi daripada bekalan. Hari ini pengeluaran daging kambing menjadi satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan dan telah menjadi hasil komersial. Pada masa ini populasi ternakan kambing di dalam negara di anggarkan sebanyak 241,000 ekor, manakala jumlah kambing baka ialah 120,000 ekor. Setiap tahun, melebihi 90% daging dan ternakan kambing diimpot dari luar negera terutamanya daripada Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan sumber protein dalam negara. Oleh itu, pembiakan kambing memang mempunyai potensi yang sangat menarik.

Pihak kerajaan telah memberi bantuan kewangan serta bantuan dari segi teknikal kepada pihak penternak untuk meningkatkan bilangan kambing dan lembu di Malaysia kepada 5 juta dalam masa 5 hingga 10 tahun. Sasaran kerajaan bagi penternakan kambing adalah untuk mengeluarkan bekalan daging kambing daripada 8% sekarang kepada 35% menjelang tahun 2015.

Dalam Rancangan Malaysia ke 9 ini, tambahan sebanyak 15,000 ekor induk betina di perlukan bagi mencapai matlamat ini. Pihak kerajaan mensasarkan sejumlah 1,070,000 ekor kambing tempatan di sembelih dengan nilai 10,700 tan metrik. Selain itu juga populasi ternakan kambing juga akan di tingkatkan kepada 3.7 juta ekor. Mengikut perangkaan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 15,000 tan metric daging kambing (kira-kira 600 000 ekor) pada 2003. Setakat ini, hanya 1000 tan ataupun hanya 6% -7% yang diperolehi daripada penternak tempatan dan selebihnya adalah diimport. Ini adalah potensi yang sangat besar untuk penternak-penternak tempatan. Permintaan dijangka akan meningkat sehingga 20 000 metrik tan pada tahun 2010. Keperluan sara diri negara bagi daging kambing hanya dapat ditingkatkan dengan mewujudkan lebih banyak ladang pembiakbakaan yang komersial di Malaysia. (Sumber dipetik daripada laman web http://agrolink.moa.my/jph/). Malah ia juga dapat mengurangkan pengimportan daging negara dan menjimatkan pertukaran wang asing.

KAMBING BOER BAKA BERMUTU


Kambing Boer tulen berasal daripada European, Angora dan Indian. Ia mempunyai tanduk bergelung dan pelbagai warna serta corak. Berat pejantan Boer adalah 110-135 kg, manakala berat betina di antara 90-100 kg.

``Kambing ini memang dikenali kerana dagingnya bermutu dan berat badannya jauh lebih baik daripada kambing tempatan. Paling utama, kambing jenis ini cepat membesar.
Kambing Boer ini boleh membesar dalam tempoh empat bulan dengan purata berat 25 kilogram.
Selain daripada itu, ia boleh meningkatkan pengeluaran susu harian sehingga melebihi 200g/hari. Ia boleh dijual bila berumur 6 bulan bagi jantan dan betina 10-12 bulan yang boleh beranak dengan kadar 200% dalam masa 2 tahun sebanyak 3 kali.